Home Berita PAS Kelantan

RUU Mineral 2021 diluluskan

84
SHARE

Oleh Che Maziah Mat

KOTA BHARU, 29 Ogos: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan telah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Mineral (Pindaan) 2021 bagi menjelaskan lagi maksud ‘bahan batuan’ di bawah Subseksyen 2(1).

Cadangan tersebut dibentangkan oleh YAB Menteri Besar Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, membabitkan pindaan dengan penambahan beberapa perkataan selepas ‘cengkerang’ dengan perkataan ‘mangan, bijih besi, batuan silika, batu arang, barit, batu kapur, batu dimensi dan batu separa permata’.

Pindaan terbabit disokong oleh Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Mohd Amar Abdullah.

Dato’ Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan Kewangan berkata, pindaan ini bertujuan untuk mengkelaskan semula bahan batuan yang ditakrifkan bahan mineral di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

“Selepas diluluskan, bahan mineral ini dikeluarkan daripada senarai fi dan bayaran di bawah butiran 12, Jadual Pertama Peraturan-peraturan Mineral 2003.

“Fi dan bayaran bagi bahan mineral jenis batuan ini, seterusnya dimasukkan di bawah butiran 59 kaedah 21, Kaedah-Kaedah Tanah Kelantan 1966 dengan menetapkan jumlah royalti yang sama atau lain-lain kadar bayaran yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa Negeri”, tambahnya yang disokong sebulat suara oleh 45 ADUN.

#ViraliyatBerita1ptg
#LiputanKhasSidangDUN2021