Home Berita PAS Kedah

” Runner ” terima baucar Petrol percuma Adun Bukit Lada

191
SHARE

POKOK SENA – ADUN Bukit Lada, Salim Mahmood telah menyempurnakan pemberian baucar petrol percuma kepada para penghantar makanan bermotosikal (runner) dalam DUN ini, semalam.

Inisiatif julung kali ini telah memberi manfaat kepada 100 penerima  dengan baucar bernilai RM10 itu boleh ditebus mereka di stesen Shell Pokok Sena bermula semalam hingga esok.

Serahan baucar ini telah diambil masing-masing oleh runner dari FoodPanda, GrabFood dan pengendali makanan lain di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bukit Lada di Maahad Mahmoodiah, di sini.

Menurut Salim yang mesra dikenali dengan panggilan Ustaz Salim, pemberian ini bertujuan meringankan sedikit beban para penghantar makanan terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini.

Jelas beliau, ianya juga sebagai menzahirkan penghargaan atas komitmen mereka bekerja dengan bersungguh dan amanah menyampaikan makanan kepada pelanggan ke kampung dan bandar.

Peranan para runner ini turut diiktiraf banyak pihak sebagai barisan hadapan negara (frontliners) berikutan kekangan dan had yang ditetapkan kerajaan dalam sekatan pergerakan penuh (SPP) kini.

Rata-rata penerima dalam kalangan penghantar makanan tersebut ternyata gembira dengan sumbangan kecil itu kerana menyangka mulanya bahawa maklumat itu tidak benar sebelum menerima baucar