Home Berita PAS Kedah

Rumah penduduk terjejas akibat ribut

32
SHARE

BALING- Angin ribut merosakkan bahagian depan bumbung sebuah rumah penduduk di Kupang petang tadi.

Susulan kejadian itu,
Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang segera meninjau keadaan keluarga terbabit.

Setiausahanya, Mohd Sabri Abu Bakar berkata, pihaknya telah menyampaikan bantuan makanan asas kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban dihadapi.

Katanya, insiden kecil itu tidak melibatkan kecederaan kepada penghuni.

Turut hadir, Penolong Pegawai PKWR, Hassan Saad dan Penghulu Kupang, Badrul Che Li.