Home Berita PAS Kedah

Rumah hangus terbakar, 11 terselamat

29
SHARE

SUNGAI PETANI – Satu kebakaran dilaporkan melibatkan 11 sekeluarga termasuk enam kanak-kanak di Kampung Masjid Tikam Batu di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, penghuni rumah sedang berkumpul makan malam sebelum terdengar bunyi percikan api di tingkat atas rumah.

Ekoran itu, mereka bergegas berlari keluar menyelamatkan diri.

Menurut penghuni rumah, api merebak terlalu cepat, sehinggakan mereka tidak sempat menyelamatkan harta dan dokumen berharga.

ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim berkata kebakaran ini telah mengakibatkan mangsa hilang tempat tinggal.

“Difahamkan sebuah rumah musnah sepenuhnya, sebuah kereta dan dua motosikal hangus terbakar,” ujarnya.

Sementara itu, Pasukan Bomba Sukarela Bedong Kedah berkata, sebaik menerima panggilan, sepasukan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi.

Sebaik tiba api sedang marak membakar sebuah rumah dan tiga kenderaan berhampiran.

Api berjaya dipadamkan kira-kira jam 10.41 malam.

Dilaporkan kejadian kebakaran ini merupakan kali kedua berlaku di rumah berkenaan. Dalam kejadian pertama lebih 20 tahun lalu, 2 orang tekorban dalam kebakaran itu.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh merujuk maklumat mangsa di bawah :

NAMA : Kamaliah binti aziz
ALAMAT : F255 Kampung masjid 08600 tikam batu, sungai petani , kedah.
NO ACC: 152050548980 ( Maybank )