Home Berita PAS Kedah

KIDU buka pengambilan pelajar baharu

369
SHARE


POKOK SENA, 26 Jan – Kolej Islam Darul Ulum sedang giat membuka pengambilan pelajar baharu bagi kemasukan Mac 2022 untuk program diploma syariah, di sini.

Kemasukan itu terbuka kepada semua pelajar lepasan Syahadah Thanawi, Pondok/Madrasah, Pusat Tahfiz dan lepasan Sijil Pelajar Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Berpandukan silibus pengajian daripada Universiti al Azhar, Mesir para pelajar berpeluang mendalami pengajian turath dan moden.

Sebagai institusi pendidikan yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah, KIDU turut menekankan penerapan nilai tarbiah serta pemantapan rohani dalam diri pelajarnya.

Selain itu, KIDU turut membuka pengambilan pelajar bagi Sijil Pelajar Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta Asasi Bahasa Arab.

Terdahulu, Kolej Islam Darul Ulum merupakan Pusat Pengajian Tinggi Islam tajaan PAS yang pertama di Kedah Darul Aman.

Pengasas KIDU, Allahyarham Dato’ Ustaz Hj Fadzil Mohd Nor meletakkan harapan tinggi agar produk KIDU keluar sebagai Ulama amilin dan memimpin masyarakat kearah pengamalan Islam secara menyeluruh.

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi 011-55565754 (Pejabat KIDU)