Home Berita PAS Sabah

Pertemuan Ukhuwah Dr Najihah bersama jentera penerangan muslimat Tawau

86
SHARE

Oleh : Nur Syarifah Ariffin.                                         25.7.2022

Tawau : Dr Najihatussalehah Ahmad, Ketua  Penerangan,  Dewan muslimat PAS Malaysia mengadakan pertemuan ukhuwah bersama  dengan jentera Lajnah Penerangan dan Media Baharu (LPMB)  Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau, di sini pada malam Jumaat baharu ini.

Dalam pertemuan tersebut Dr Najihah mengingatkan jentera penerangan DMPK Tawau agar memainkan peranan besar sebagai  agen penerangan parti.

Dr Najihah berkata jentera penerangan perlu menyampaikan maklumat berkaitan PAS  kepada orang ramai  dan memberi pendedahan kepada orang ramai akan penglibatan PAS dalam masyarakat.

“Muslimat perlu menggunakan media baharu seperti tik tok , Instagram dan FB untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat”. Katanya semasa menghadiri majlis jamuan makan malam anjuran PAS Kawasan Tawau.

Dr Najihasoleha ke Tawau dalam rangkah  untuk menghadiri Program Gelombang AKIFI anjuran Lajnah Tarbiyah dan Pengkaderan DMPN Sabah dan Kawasan Tawau dan lawatan ke Kg Mangkadot, Luasong bersama Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuri serya rombongan  Lajnah Perpaduan Nasional dan Lajnah Pembangunan Tanah, Perumahan dan Orang Asal.

Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Norsah Bongsu, Ketua Muslimat Sabah, Ketua Amerah DMPK Tawau , Satijah Jupri dan Suhaymie Yusril, Pengarah Pilihanraya, DMPK Tawau.