Home Berita PAS Johor

Roslita Rohani Bantu Terap Perpaduan Sempena Perayaan Kuih Bulan

49
SHARE

Roslita Rohani Bantu Terap Perpaduan Sempena Perayaan Kuih Bulan

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

Pasir Gudang,26 September : Roslita Rohani atau lebih dikenali dengan Kak Ros membantu Muslimat PAS Johor menerapkan elemen perpaduan melalui edaran kuih bulan yang telah dijalankan semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) berkata, edaran kuih bulan ini dijalankan bagi memupuk semangat perpaduan dalam keluarga Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum.

Antara sebab lain edaran kuih bulan ini dijalankan pada setiap 15 hari bulan lapan mengikut kalendar Cina setiap tahun adalah kerana bagi masyarakat Cina, bulan penuh merupakan simbolik utama dalam Perayaan Kuih Bulan dan turut dikenali sebagai simbol perpaduan.

Program yang dinamakan ‘Kuih Bulan Perpaduan’ ini berjaya menyantuni seramai 62 orang individu dan keluarga di kawasan perumahan Bandar Permas Jaya dan kedai-kedai di sekitar Bandar Masai.

“Rata-rata penerima menyambut baik kehadiran kami dan gembira dengan keperihatinan kami akan perayaan pertengahan musim luruh itu.” Katanya.

Tambahnya lagi, kuih bulan ini ditempah khas daripada Azura Tan yang merupakan seorang muallaf dan memang dikenali sebagi pembuat kuih bulan halal.

Kini, masyarakat Melayu juga boleh menikmati keenakan dan keunikan rasa kuih bulan halal buatan muslim ini, ujarnya diakhir pertemuan.