Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Alunan Surah Al-Kahfi Menyerikan Majlis Muktamar

549
SHARE

Alunan Surah Al-Kahfi Menyerikan Majlis Muktamar

KUALA LUMPUR : Suasana di dalam dewan turut diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Al-Kahfi yang menjadi pilihan pada malam perasmian Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia kali-ke 60.

Para muktamirat telah diperdengarkan dengan bacaan Al-Quran oleh qari Izzat Azizi Hj Zainal bermula dari ayat 84 sehingga 98 Surah Al-Kahfi.

Intipati menarik dalam ayat yang dibacakan adalah mengenai perjalanan seorang hamba Allah SWT bernama Zulqarnain yang telah diberi kekuasaan pada zamannya lalu beliau memerintah dengan adil dan bijaksana.

Ayat yang dibacakan oleh qari Ustaz Izzat mempunyai banyak pengajaran berguna yang harus difahami oleh umat Islam.