Home Berita PAS Melaka

RM446 ribu Dana Bantuan Kasih Peniaga telah diluluskan – KM Melaka

374
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 8 Sept: Sebanyak RM446 ribu Dana Bantuan Kasih Peniaga telah diluluskan untuk peniaga kecil yang memohon bantuan ini sehingga Ogos lepas, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama (Dr) Sulaiman Md. Ali.

Menurut beliau, kerajaan Negeri Melaka sememangnya prihatin tentang nasib para peniaga dan telah mengumumkan Inisiatif Dana Bantuan Kasih Niaga ini di dalam Belanjawan 2021 Negeri Melaka dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM1 juta.

Tambah beliau, bantuan ini adalah bagi menyemarakkan budaya keusahawanan dalam kalangan rakyat tempatan supaya lebih berdaya maju dan berdaya saing dalam kalangan pengusaha yang terkesan akibat pendemik Covid-19.

Ketua Menteri Melaka itu berkata demikian di dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau selepas menyempurnakan pelancaran dana tersebut untuk 10 penerima mengikut daerah yang diadakan di Pejabat Ketua Menteri, Seri Negeri, pada pagi Selasa.

“Dana ini akan memberi manfaat kepada 1,000 individu atau syarikat di dalam Negeri Melaka.

“Secara keseluruhan, Kerajaan Negeri telah menerima sebanyak 1,287 permohonan, iaitu 781 dalam Fasa-1 dan 506 dalam Fasa-2,” ujar beliau lagi.

Tambah beliau lagi selain 446 permohonan yang telah diluluskan, sebanyak 554 permohonan lagi masih dalam pertimbangan dan akan diluluskan dalam tempoh masa terdekat ini.

“Pecahan mengikut daerah bagi kelulusan Fasa-1 adalah Melaka Tengah sebanyak 115; Jasin (155); Alor Gajah (47); dan Masjid Tanah (129).

“Dana Bantuan Kasih Niaga ini akan disalurkan ke dalam akaun penerima yang berjaya. Jika terdapat sebarang pertanyaan, penerima boleh menghubungi Pejabat Daerah masing-masing.

“Saya berharap, semoga bantuan ini dapat meringankan sedikit sebanyak kesusahan yang dialami oleh pengusaha atau usahawan Negeri Melaka dalam menghadapi situasi pandemik dan juga norma baharu dalam kehidupan,” ujar beliau.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Dato’ Ts Kamel Mohamad, EXCO Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Norhizam Hassan Baktee, Pegawai Kewangan negeri, Datuk Zaidi Johari dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Datuk Salhah Salleh.

Kredit foto : Facebook Sulaiman Md Ali

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.