Home Berita PAS Sabah

Pertandingan cipta sajak semarakkan jiwa merdeka

199
SHARE
Nur Hamira Hamide

Oleh : Nur Marlyannah Umar
8 September 2021

TAWAU : Pertandingan menulis sajak anjuran  Lajnah Penerangan & Media Baharu( LPMB)  Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau (DMPKT)  menyemarakkan jiwa kemerdekaan kepada peserta .

Pertandingan menulis sajak sempena bulan kemerdekaan berlangsung selama 8 hari pada 22 Ogos sehingga 29 Ogos dan Keputusan pemenang diumumkan di laman rasmi _facebook_ Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau pada 4 September yang lalu.

Tempat pertama dimenangi oleh Nur Hamira Hamade, manakala tempat kedua pula dimenangi oleh Nur Syarifah Ariffin dan tempat ketiga dimenangi Murni Kamaruddin.

Nur Syarifa Ariffin

Pengerusi LPMB ,Aznah Tandek menyatakan Pertandingan menulis sajak tersebut merupakan acara julung-julung kali diadakan dan juga merupakan tahun kedua aktiviti kemerdekaan diadakan oleh LPMB dalam sepanjang negara berdepan dengan pandemik dan PKP.

” Terima kasih diucapkan kepada para peserta dan tahniah kepada para pemenang.

” Penyertaan kali ini hanya dibuka kepada wanita berusia 21 tahun keatas dan penduduk daerah Tawau.

” Peserta hendaklah mencipta sendiri sajak yang bertemakan Malaysia Prihatin sempena bulan kemerdekaan.

“Matlamat utama diadakan aktiviti sebegini adalah untuk memupuk semangat kemerdekaan dalam kalangan masyarakat khususnya di daerah Tawau meskipun disambut dalam suasana pandemik.

Murni Kamarudin

” Menariknya hadiah-hadiah disampaikan sendiri oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau,  Madinah Ladale  di rumah-rumah pemenang dengan mematuhi SOP yang di tetapkan kerajaan.

Turut hadir adalah Pengerusi Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan DMPKT , Siti Arfah Asrisal.

Mandinah Ladale menyampaikan hadiah kepada pemenang.