Home Berita PAS Kelantan

RM42,500 hasil lelongan amal keris #AID4PALESTINE

229
SHARE
KOTA BHARU, 19 Mei: Sebanyak RM42,500 berjaya dikumpulkan setelah tamat tempoh lelongan dan bidaan pada Selasa, 18 Mei 2021, jam 6:00 pagi semalam yang dibuka selama 24 jam. Keris pertama dibida pada harga RM17,000. Manakala keris kedua dan ketiga sebanyak RM9,000 dan RM6,500.
Seorang pembida yang tidak berjaya juga menyatakan untuk terus menyumbang sebanyak RM10,000.
Proses bidaan ini dikelolakan oleh Pertubuhan Cakna Palestin dan semua bayaran juga telah selesai dipindahkan dari pembida dan penderma terus ke akaun Cakna Palestin.
Pagi Khamis, 20 Mei 2021, pengumuman nama-nama mereka yang telah berjaya membida akan diumumkan dan serahan keris-keris berkenaan akan dilakukan.
Pada Isnin lalu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Nik Amar telah membuat lelongan koleksi peribadi beliau iaitu tiga bilah keris dimana ia adalah sebilah Keris Melela dan dua bilah Keris Bugis bagi mengisi tabung kemanusiaan Palestin, Aid4Palestin.  Bidaan amal keris ini adalah salah satu tarikan dan usaha menggiatkan kempen #Aid4Palestine.