Home Berita PAS Melaka

RM20 Ribu Lagi Diperlukan SRITI Harun Ar Rasyid Kampung Londang Melaka

711
SHARE

 

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH : Pihak pengurusan Kompleks PASTI-SRITI Harun Ar Rasyid Kampung Londang, Masjid Tanah Melaka memerlukan sekurang-kurangnya RM20 ribu lagi dalam masa terdekat untuk menyiapkan kompleksnya itu. Demikian dinyatakan Pengerusi SRITI Harun Ar Rasyid, Mohd Taufik Jamil.

Menurut Taufik, pada masa ini tingkat bawah bangunan dua tingkat itu telah pun siap dan telah memulakan operasi PASTI dan SRITI pada awal tahun ini. Namun bahagian tingkat atas kompleks ini belum dapat disiapkan kerana kekurangan dana.

Tambah beliau lagi, pada masa ini tingkat bawah yang telah siap digunakan untuk tiga kelas PASTI, satu kelas SRITI dan pejabat pentadbiran. Apabila tingkat atas bangunan ini siap ia akan menambah lima lagi bilik darjah.

“Keperluan dana sumbangan agak mendesak kerana pembinaan yang terhenti menyebabkan slab (lantai tingkat atas) mulai meresap air hujan. Moga Allah membalas sumbangan dermawan dengan sebaik-baik balasan” jelas beliau ketika ditemuramah Wartawan Rakyat Melaka sebentar tadi.

Beliau merayu sumbangan dari orang ramai agar bangunan tersebut dapat disiapkan secepat mungkin.

Kepada yang ingin menyumbang boleh menghubungi individu dan nombor di bawah.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)