Home Artikel PAS Kedah

RM12,320 ribu sumbangan Tahfiz Ar Rahimiyah

316
SHARE

Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin

JITRA – Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid menyerahkan sumbangan RM12,320 ribu kepada Pengetua Tahfiz Darul Ulum Ar Rahimiyah yang terbakar baru-baru ni.

“Alhamdulillah hari ini saya mewakili Pemuda PAS Kedah berpeluang untuk melihat sendiri dan menyampaikan sumbangan kepada Mudir Tahfiz Darul Ulum Ar Rahimiyah Jitra yang terbakar baru-baru ni.

“Terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu yang menggerakan sumbangan ini,” ucap beliau ketika pertemuan sebentar tadi.

Turut hadir dalam pertemuan ini Pengarah Pilihanraya Kedah merangkap Ketua Pemuda PAS Kubang Pasu, Ku Muhyi Ku Hamid.

Sumbangan ini merupakan tabung bergerak kutipan Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu.