Home Artikel PAS Pahang

Jentera Pilihanraya (JPRD) Chenor dilancarkan

270
SHARE

Chenor – Semua jentera disemua peringkat mestilah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan PRU dalam masa terdekat.

Apa jua senario politik yang berlaku PAS mesti mempersiapkan jenteranya dengan sebaik mungkin, kita adalah Parti yang sejak dulu berdikari, bekerja dan mengumpul dana melalui pengorbanan dan sumbangan ahli, teruskan keadaan ini, kerana ini adalah satu tarbiyyah bagi kita supaya kita menjadi parti yang tidak bergantung dengan sesiapa dan sanggup menghadapi apa jua situasi.

Pesuruhjaya PAS Pahang juga dalam ucapannya semasa melancarkan jentera pilihanraya juga memberikan motivasi buat semua jentera yang hadir.

Semua amalan baik kita melalui gerak kerja parti dan jamaah ini hanya diterima Allah swt apabila kita ikhlas, maka jangan sekali-kali kita bekerja dengan tujuan yang lain melainkan ianya kerana Allah swt dan kerana melaksanakan tuntutan Islam untuk berjuang menegakkan agamanya melalui gerak kerja parti yang dasarnya adalah Al Qur’an, Hadis, Ijma dan Qias. Kita mesti Istiqamah dan meneruskan gerak kerja tanpa mengira masa dan situasi untuk membina kekuatan sehingga satu masa nanti selayaknya untuk kita memerintah bumi Malaysia.

Turut hadir YB Ustaz Mujiburrahman yang merupakan YB Adun Chenor.