Home Berita PAS Melaka

RM12 ribu dana dikumpul PAS Tangga Batu bantu rakyat Palestin – Bakri

82
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 20 Mei : PAS Kawasan Tangga Batu berjaya mengumpulkan sekitar RM12,000 untuk fasa pertama bagi disumbangkan kepada penduduk Palestin melalui kempen Aid4Palestine yang dianjurkan oleh PAS Pusat.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Bakri Jamaluddin, ia adalah sebagai menyahut seruan PAS Pusat dalam usaha membantu saudara-saudara seIslam di Palestin.

“Kami juga akan bersama-sama umat Islam seluruh dunia dan mendukung apa sahaja keputusan dan aspirasi kepimpinan PAS Pusat dalam membela dan mempertahankan kedaulatan bumi Palestin dan tanah suci Baitul Maqdis daripada sebarang pencerobohan oleh negara haram Israel dan kuasa luar.

“Bendera Palestin juga akan turut dikibarkan di premis pejabat PAS Kawasan Tangga Batu sebagai satu usaha sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin yang tertindas di tanah air sendiri.

“Dan PAS Tangga Batu mengutuk serangan Israel terhadap penduduk Palestin terutama di Gaza!” tegas beliau.

Gambar hiasan (Kredit foto : Google)

Bakri yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Melaka berkata lagi, walaupun serangan terhadap orang awam dan pusat ekonomi yang dilakukan Israel bertujuan untuk melemahkan semangat dan kebangkitan pejuang-pejuang Palestin namun ianya tidak pernah tercapai.

Sebaliknya, menurut beliau, serangan ganas ini akan menjadikan umat Islam dan penduduk Palestin lebih bersatu serta menaikkan lagi semangat juang mereka untuk menentang kezaliman negara haram Israel.

“Kekejaman Israel ini bermula apabila penduduk Palestin di Sheikh Jarrah melakukan bantahan terhadap Dasar Penjajahan Israel dan tindakan ganas polis Israel terhadap penduduk Palestin di perkarangan Masjid Al Aqsa pada hari-hari akhir bulan Ramadan.

“Kalau kita rujuk laporan Aljazeera 19 Mei baru-baru ini tentera negara haram Israel menjadikan penduduk dan penempatan awam sebagai sasaran terhadap serangan udara yang mereka lakukan.

“Seramai 227 orang telah terkorban, termasuk 64 orang kanak-kanak serta 1,500 lainnya cedera. Serangan ini juga telah menyebabkan sekurang-kurangnya 72,000 orang telah hilang tempat kediaman,” ujar beliau.

Tambah beliau lagi, serangan udara terbaru itu juga turut memusnahkan bangunan Mashareq yang menjadi pusat media dan pengiklanan.

“Apa yang berlaku ini menyebabkan umat Islam di seluruh dunia yang masih mempunyai Iman di dalam hati akan turut bersatu mendukung dan membantu perjuangan rakyat Palestin dan menentang kebiadaban negara haram Israel terhadap penduduk Palestin,” ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) ketika dihubungi pagi tadi bagi mendapatkan maklumbalas berkaitan perkembangan kutipan dana Aid4Palestine bagi PAS Kawasan Tangga Batu.

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .