Home Kenyataan Media PAS Kedah

Derma jihad palestine fasa 2 dilancarkan

84
SHARE

KUTIPAN DERMA JIHAD PALESTIN FASA II DITERUSKAN

Assamualaikum Wmt Wbr.,

Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah jua, PAS Kedah telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM1,571,367.10 melalui kutipan Derma Jihad Palestin PAS Kedah. Kutipan fasa pertama itu akan diserahkan sepenuhnya kepada Aid4Palestine yang menguruskan sumbangan untuk rakyat Palestin.

Sementara fasa pertama diserahkan, saya ingin mengumumkan bahawa fasa kedua kutipan diteruskan mulai 11 Shawal 1442 sehingga kesuatu tarikh yang akan diberitahu. Sumbangan boleh dibuat melalui:

1) Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah
2) Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah
3) Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
4) Pejabat PAS Kawasan-kawasan
5) Pejabat Badan Perhubungan PAS Kedah

Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penderma dan bakal penderma yang prihatin akan penderitaan rakyat Palestin.

Sabda Rasulullah SAW, bermaksud:
“Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan orang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari Qiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Selamat berinfaq.

Ahmad bin Yahaya
Pesuruhjaya PAS Kedah

7 Syawal 1442/20 Mei 2021