Home Berita PAS Kelantan

RM12.42 juta bantuan IKS disalur mengikut DUN

25
SHARE

KOTA BHARU, 30 Nov: Sehingga kini jumlah keseluruhan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang berdaftar mengikut Dewan Undangan Negeri (DUN) ialah 2,577 atau secara puratanya 65 usahawan bagi setiap DUN.

Menurut Exco Pembangunan Usahawan, YB Dato’ Hanifa Ahmad, pelbagai bantuan telah diberikan kepada mereka dalam bentuk barangan dan kewangan yang menjadikan peruntukan secara keseluruhan adalah RM12.42 juta atau secara puratanya ialah RM276 ribu bagi setiap DUN.

“Jenis bantuan yang disalurkan kepada usahawan di bawah Gerakan Berdikari Rakyat Kelantan ialah bantuan berbentuk peralatan dan modal sebanyak RM2.52 juta. Berikutnya ialah peruntukan RM900 ribu atau RM20 ribu setiap DUN untuk Bantuan Infrastruktur Usahawan dan Bantuan Tambahan Kewangan melalui YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan, Menteri Besar sebanyak RM4.5 juta atau RM100 ribu bagi setiap DUN.
Selain itu, Bantuan Kewangan kepada Usahawan Belia turut disalurkan berjumlah RM100 ribu bagi setiap DUN melalui Exco Belia, Sukan dan NGO yang menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan RM4.5 juta,” hurainya ketika menjawab persoalan yang diajukan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gaal, YB Mohd Rodzi Ja’far dalam Sidang DUN, hari ini.