Home Berita PAS Kelantan

RM10.79 juta dibelanjakan untuk bersih, ceriakan Kelantan – Dato’ Dr. Izani

165
SHARE

KOTA BHARU, 8 Dis: Kerajaan Negeri Kelantan membelanjakan RM10.79 juta bagi menjayakan Program Kelantanku Bersih pada tahun 2022 melibatkan tindakan pemerkasaan kebersihan dengan pembelian lori sampah jenis RORO bernilai RM2.21 juta dan jentera berkaitan dengan kos RM1.77 juta.

Mengulas lanjut, Exco Kerajaan Tempatan YB Dato Dr Izani Husin menyatakan projek menaik taraf kemudahan awam dan infrastruktur di tempat tumpuan menelan perbelanjaan RM2.33 juta.

“RM2.47 juta dibelanjakan untuk pengurusan sisa pepejal dan RM1.34 juta untuk pengurusan tapak pelupusan sisa pepejal melibatkan tapak pelupusan sampah Bukit Che Ros Tanah Merah, Beris Lalang, Kok Bedullah dan Air Belaga Banggol Judah. Manakala RM15.9 juta lagi telah dibelanjakan bagi melaksanakan projek-projek pembangunan dan RM972,500 pula untuk pembelian tong sampah kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan,” ujarnya dalam Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih Tahun 2022 Dan Pelancaran Dasar Kelantanku Bersih di Hotel Perdana, hari ini.

Beliau turut memaklumkan Program Jelajah Kelantanku Bersih di semua PBT diisi dengan Program Keceriaan dan Kebersihan serta Pelancaran Zon Bersih, Indah dan Ceria.

“Peruntukan permulaan RM1.25 juta telah diberikan kepada setiap PBT untuk mewujudkan kawasan Zon Bersih, Indah dan Ceria. Manakala, RM488 ribu pula dibelanjakan bagi tujuan kempen kebersihan melibatkan gotong-royong bersama masyarakat,” tambahnya.