Home Berita PAS Kedah

RM 400 ribu Buat Muara Kuala Ruat

46
SHARE

Oleh  NORJULIANA YAACOB

YAN, 1 Sept : Sebanyak RM400 ribu peruntukan khas buat Muara Kuala Ruat Yan telah diluluskan baru-baru ini.

Ahli Parlimen Jerai YB Ustaz Sabri Azit berkata beliau telah lama memperjuangkan masalah berkaitan muara berkenaan.

Katanya, muara Kuala Ruat menghadapi masalah sering ditimbus pasir dan selut ketika proses air pasang berlaku.

“Fenomena tersebut menyebabkan muara menjadi semakin cetek dan memberi kesukaran kepada nelayan yang hendak turun ke laut”

“Ini kerana bot para nelayan akan tersekat di lumpur ketika air surut,” katanya. Tambah YB Ustaz Sabri, langkah-langkah pembaikan struktur tebing dan pengorekan muara perlu dijalankan dengan kadar segera.

“Hal ini bagi mengelakkan berlakunya masalah yang lebih serius sehingga mendatangkan kerugian besar buat nelayan,” katanya.

YB Ustaz Sabri berkata, selain mendalamkan muara berkenaan, kerja-kerja menyelenggara batu dalam sangkar juga akan dilakukan bagi mengatasi masalah tebing runtuh. “Kerja-kerja berkenaan akan mula dijalankan bermula bulan ini,” katanya.