Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Ringankan Beban, Berikan Wajah Gembira

671
SHARE

Ringankan Beban, Berikan Wajah Gembira

4 Jun 2017, Kuala Terengganu – Alhamdulillah, kita sudah berjaya melalui fasa pertama bulan Ramadhan. Pada 9 Ramadhan 1438 Semarak Kasih Ramadhan terus melebarkan sayapnya ke Pantai Timur, Terengganu. Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) atau lebih dikenali dengan nama “Skuad Prihatin” hari ini berada di Dun Bandar, Parlimen Kuala Terengganu bagi meneruskan misi menyampaikan sumbangan kepada golongan MOSWAY (Singkatan bagi; Miskin, OKU, Sakit, Warga emas, Armalah dan Yatim).

Sebanyak 11 buah keluarga telah dikenalpasti termasuk di dalam golongan MOSWAY di sekitar DUN Bandar, Parlimen Kuala Terengganu  telah diziarahi sepanjang hari ini. Team Skuad Prihatin bersama rombongan juga telah menjalankan amanah dengan menyampaikan sumbangan dari para penyumbang yang dermawan kepada mereka yang telah terpilih oleh Allah SWT. Semoga dengan sedikit sumbangan berupa barang-barang keperluan seperti beras dan barangan dapur beserta wang tunai sebanyak RM100 untuk setiap keluarga yang dihulurkan itu serba sedikit dapat memberi kegembiraan di hati mereka di bulan Ramadhan ini.

Turut serta menyertai rombongan Skuad Prihatin ini ialah Dr. Che Faridah Bendahari Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) bersama-sama dengan team Skuad Prihatin Negeri Terengganu iaitu Puan Tuan Roslina merupakan Pengerusi LKK DMPNT, merangkap Pengerusi KHAIRUNNISA’ (Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat PAS, Terengganu) bersama beberapa orang ahli KHAIRUNNISA’. Turut bersama juga Pengerusi LKK DMPK Kuala Terengganu,  AJK Muslimat Dun Bandar dan  2 orang AJK Ameerah Dun Bandar memeriahkan lagi program Semarak Kasih Ramadhan ini.

“Sangat sedih kerana kesusahan mereka, sepatutnya di bantu oleh pihak Kerajaan dengan memberi kemudahan tempat tinggal yang sempurna untuk mereka hidup, tetapi telah diabaikan dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah”. Inilah antara luahan perasaan dan pengalaman Puan Tuan Roslina selepas meyertai rombongan ziarah MOSWAY pada hari ini.

Tambah beliau lagi, “Sangat bersyukur kepada Allah kerana diberi kesempatan bersama membantu golongan yang memerlukan. Bersama menyelami keperitan hidup rakyat yang diuji dengan pelbagai kesusahan.”‘Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’. Itulah yang dapat digambarkan oleh rombongan dan team Skuad Prihatin sepanjang ziarah hari ini. Setiap perkara yang dilakukan dengan hati yang ikhlas akan sentiasa melahirkan keinsafan di hati kita. Sesungguhnya, di luar sana masih ramai lagi yang memerlukan bantuan kita.

Justeru itu, pihak LKK DMPM menyeru kepada Tuan Puan, saudara dan saudari yang dermawan untuk terus menyumbang dan sumbangan anda bolehlah disalurkan ke akaun:

MAYBANK 5640 2540 0711 – Dewan Muslimat PAS Pusat

SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada:

Dr. ‘Uyun : 019 – 357 7502
Puan Zurina : 014 – 306 9141
Saudari Zuriati : 019 – 204 9434
Saudari Oyeen : 019 – 590 2381

Semoga dengan sumbangan dan usaha kecil ini, besar ganjarannya di sisi Allah SWT. Jazakumullah Khair Katheera. Siiru ‘ala Barakatillah.

“Sejahtera Bersama Islam”
“Muslimat Memacu Kemenangan”

Catitan:
Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan
Dewan Muslimat PAS Malaysia