Home Berita PAS Pulau Pinang

Jelajah Sahur Gelandangan Pulau Pinang

1595
SHARE

Jelajah Sahur Gelandangan anjuran bersama Muslim Care Malaysia,  Kebajikan Pemuda PAS dan Alternatif Riding Club (ARC) Pulau Pinang telah mengadakan program jelajah sahur gelandangan pada 5 Mac 2017 di sekitar Perhentian Bas Pulau Pinang Taman Selat.

Program ini disertai lebih 20 peserta dengan 19 buah motosikal daripada ARC termasuk sebuah pacuan empat roda 4×4 .

Program bermula seawal 6 petang dengan aktiviti memasak untuk gelandangan dan tepat jam 12.30 malam edaran makanan mula diagihkan kepada 60 penerima gelandangan yang berada di sekitar kawasan Bagan, perhentian bas dan beberapa kawasan yang menjadi tempat rehat mereka diwaktu malam.

Singgah sahur buat gelandangan ini secara tidak lansung telah membentuk diri untuk disulami dengan nilai-nilai keinsafan dan rasa syukur dengan pemberian dari Allah SWT dan komitmen daripada ahli-ahli ARC yang sanggup bersama hingga berakhirnya program pada jam 1.30 pagi.

{jathumbnail off}