Home Berita PAS Terengganu

Ribut punca pokok hempap atap rumah

3
SHARE

Oleh : Syahida Mohd dan Safwan Syakir

KUALA NERUS – Sebuah rumah di Pulau Sekati mengalami kerosakan apabila sebatang pokok tumbang dan menghempap, dalam kejadian ribut yang berlaku kira-kira jam 4.30 pagi semalam.

Bagaimana pun, pemiliknya Wan Omar @ Wan Manis bin Mamat bersyukur, tiada kemalangan jiwa dalam kemalangan, berikutan tengkujuh dan luruan angin Monsun Timur Laut yang sedang melanda.

“mungkin juga kerana keadaan atap yang sudah reput dan menunggu masa untuk patah.
” Selain ribut pagi tadi, tempat tu (atap) memang reput dan dah nak patah,” ujar beliau .
Namun kata beliau, kerugian harta benda seperti rumah dan motosikal, adalah takdir Allah yang tidak dapat dielakkan.

‘Ayoh Wan’ berkata demikian ketika dikunjungi ADUN Bukit Tunggal, yang ‘turun padang’ untuk melihat sendiri kesan angin kuat dan hujan lebat yang melanda Kampung Pulau Sekati itu.

Sehubungan itu, YB Sr. Zaharudin Zahid berkata, pihaknya akan mengatur dan menghulurkan bantuan bagi mengurangkan beban yang ditanggung Ayoh Wan.

“Pihak Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) akan bantu bagi membaik pulih bahagian rumah yang rosak dengan seberapa segera. Selain itu, kita beri sedikit sumbangan segera kepada Ayoh Wan,” ujarnya kepada media.
Dalam masa yang sama, Zaharuddin telah menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam DUN yang diwakilinya.

”Setakat hari ini seramai 14 keluarga telah ditempatkan di PPS berkenaan melibatkan tujuh buah Kampung dalam DUN Bukit Tunggal,” jelasnya.

Justeru beliau memberi ingatan kepada semua warga, agar mengikuti perkembangan semasa bah yang berlaku dan berpindah sekiranya diarah pihak berkuasa.

“banyak tempat-tempat yang berkemungkinan akan dinaiki air berikutan hujan yang berterusan dan menunjukkan paras air sungai Terengganu yang telah melepasi paras amaran,” tambah beliau