Home Berita PAS Johor

Respon positif pengundi Muar terhadap PN

216
SHARE

Oleh SHARIFAH AJIL

MUAR, 14 Nov : Rata-rata respons yang diterima dari kalangan pengundi di P.146 Muar cukup positif.

Mereka yakin dengan integriti dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh kerajaan Perikatan Nasional semasa di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin dahulu. Ramai yang masih mengharap ‘Abah’ kembali memegang teraju kerajaan.

Demikian suara dari masyarakat yang ditemui calon parlimen Muar, Ustaz Abdullah Husin ketika turun bertemu pengundi ke Pasar Tani di Jalan Stadium, pagi ini.

Dalam sesi menyantuni para peniaga, ramai di antara mereka yang menyatakan rasa syukur di atas keprihatinan kerajaan Perikatan Nasional dahulu yang banyak memberikan bantuan kepada rakyat.

“Teruja melihat kesungguhan orang kita yang berusaha mencari rezeki di Pasar Tani yang menjual pelbagai barangan seperti makanan, minuman, pakaian, pokok hiasan, busking dan barang keperluan harian lain.

Ada lebih kurang 100 peniaga yang sebahagian besarnya adalah bumiputera yang menjadikan Pasar Tani sebagai tempat sumber pendapatan.

Ada juga diterima keluhan para peniaga yang menghadapi masalah kenaikan harga barang yang menjejaskan suasana kerancakan ekonomi para peniaga.

Mereka mengharapkan akan ada jalan penyelesaian untuk ianya dapat diatasi oleh kerajaan yang akan dipilih nanti.

Walaupun begitu, kelihatan mereka positif dan yakin dalam menghadapi kekangan ekonomi sekarang.

“Kami inginkan ada perubahan yang berlaku di pihak kerajaan, agar keadaan kembali stabil dan mereka optimis kerajaan Perikatan Nasional mampu membawa perubahan yang lebih mensasarkan bantuan kepada rakyat,” ujar Hamimah Ahmad salah seorang pengunjung yang ditemui.

Beliau memberi keyakinan yang optimis untuk Perikatan Nasional meraih kemenangan di Muar.

Aktiviti ziarah berkenaan juga turut diselitkan dengan edaran risalah calon kepada semua pengunjung sebagai satu cara memperkenalkan calon Perikatan Nasional bagi Parlimen Muar.

“Saya tidak menyangka dapat bertemu dengan bekas-bekas pelajar yang turut berniaga dan datang berkunjung. Sempat bertemu dengan adik kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut berada di situ.

Ada juga peniaga dan pengunjung yang masih mengenali Dr Mohamad Taslim mantan Adun Maharani dulu selama dua penggal yang turut turun menbantu berkempen.

“Insya-Allah, saya akan teruskan kerja-kerja kebajikan yang diusahakan sahabat saya Dr Mohamad sepanjang beliau menjadi wakil rakyat, ” ujar Ustaz Abdullah ketika disapa seorang pengunjung berbangsa Cina.