Home Berita PAS Johor

Lensa Sehari P146 | Program bersama masyarakat

62
SHARE

 

Oleh SHARIFAH AJIL

MUAR, 14 Nov : Program Mini Karnival Anak Muo telah berlangsung di Pusat Komuniti Parit Tarom, Muar kelmarin.

Program adalah anjuran bersama kawasan bantu PAS Bakri dan Pemuda PAS Muar.

Menurut pengarah program, Raja Izwan Abd Rahman, acara yang diadakan khusus untuk anak-anak muda Muar ialah E-Game PES (Pro Evolution Soccer ), Penalty Kick Challenge dan tukar minyak motor percuma.

“Perkhidmatan gunting rambut dan rawatan Darus Syifa’ percuma juga turut diadakan. Pengunjung yang hadir turut menerima hadiah cabutan nombor bertuah,” ujarnya.

Perasmian program dilaksanakan oleh Adun Maharani, YB Cikgu Abd Aziz Talib. Beliau berharap anak-anak muda sentiasa ingat untuk sama-sama turun mengundi terutama bagi anak muda yang baru pertama kali mengundi.

Dalam ucapan aluan calon P146, Ustaz Abdullah Husin turut mengingatkan anak-anak muda yang gemar bersukan dan berhibur tidak lupa tanggungjawab sebagai seorang Islam, menjaga solat dan taat perintah Allah.

Untuk halwa telinga pula diadakan program ‘Santai Cinta Rasul’ dengan persembahan qasidah dari Madrasah At Tanwiriah.

Diadakan juga program Gema Munajat di Pusat Tarbiah Kawasan (PUTIK) Muar oleh Assabiqot Muar yang turut dihadiri wakil-wakil dari kawasan bantu seperti Bakri, Ledang, Segamat, Labis dan Pagoh.

Petang pula, Ameerah Muar telah turun ke Tanjong Emas dalam program Sis Turun Undi mengedar flayers kepada pengunjung di sekitar situ. Dalam masa yang sama juga program konvoi kereta bermula di Parit Pechah.

Pada malam pula, calon turun berkempen di Uptown Muar bertemu pengundi.