Home Melaka

Rencana | Bermula daripada terpaksa…

114
SHARE

Oleh ZULHILMI AZIZ ABDUL HANNAN

PENULIS kira isi penting yang Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kongsikan semasa pelancaran set Fiqh Siasah Khulafa’ al-Rasyidin di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 yang lalu adalah bagaimana beliau dididik dan bagaimana beliau bermula.

Rupa-rupanya, memang perkara yang tidak boleh kita sangkal adalah kepentingan pendidikan dari rumah dan kesungguhan daripada kita sendiri (bukan sekadar bakat semulajadi) :

“Saya pernah dipukul oleh ayah saya, pukulan yang mendidik. Kalaulah pendidikan Barat, tak benarkan. Ayah saya ikut pendidikan Islam. Kanak-kanak ini umpama pokok, perlu dijaga elok-elok. Mula-mula memanglah, rasa malas. Ayah yang paksa untuk belajar. Lama-lama, (saya) jadi syok, suka membaca. Sebaik saja saya minat membaca dan mendengar, saya terus baca kitab-kitab ayah saya. Jenis saya ni macam ulat bukulah,” kata Tuan Guru dalam program tersebut.

Bagaimana beliau hebat dalam sejarah dan roh perjuangan Islam? juga daripada contoh orang tuanya seperti kata beliau lagi :

“Ayah saya minat sejarah, sejarah Nabi. Sewaktu Maulid, orang selalu baca Barzanji. Ayah saya ajar sejarah Nabi pada orang kampung. Kemudian, dalam kuliah ayah, ada subjek sejarah perjuangan menentang penjajah. Zaman itu, zaman penjajah, saya dididik benci penjajah.”

Dengan kesungguhan daripada Tuan Guru, Allah mengurniakan kepada beliau ingatan yang kuat. Tuan Guru sebut, apa yang dah dibaca 17 tahun, masih ingat lagi!

“Saya terus tulis, saya tak rujuk. Lepas tulis, baru periksa (fakta). Sekarang zaman internet, saya guna internet untuk manfaat,” kata Tuan Guru lagi.

Di samping faktor keluarga dan diri, semestinya pemilihan rakan yang baik itu juga yang perlu kita titik beratkan.

Selain itu, memilih guru itu juga sangat penting. Guru-guru yang ikhlas yang mendidik kita. Akhirnya, seperti pesan Tuan Guru, sudah semestinya pengamalan ilmu itu juga kita mahukan.

Dalam suatu hadis yang dinukilkan oleh Imam al-Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin (1/160 ), dan Imam Abu Nu’aim di dalam al-Hilyah (10/14-15), disebutkan :

مَنْ عَمِلَ بِمَا يَعْلَمُ وَرَّثَهُ اللَّهُ عِلْمَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

Maksudnya : “Barang siapa mengamalkan ilmu yang ia ketahui, maka Allah akan menganugerahinya ilmu yang belum ia miliki.”

Inilah faktor-faktor yang membentuk sahsiah diri beliau, begitu juga bagi diri kita, jika kita berusaha keras serta ikhlas, insya-Allah.

Penulis adalah graduan Kuliah Syariah Islamiah, Universiti al-Azhar al-Syarif

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH