Home Kenyataan Media PAS Melaka

Pelancaran Modul Kualiti Haraki, Lajnah Pemerkasaan Parti PAS Melaka

109
SHARE
HJ BAKRI JAMALUDDIN
Timbalan Pesuruhjaya-1 PAS Melaka

APABILA saya ditaklifkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya-1 dan sekali gus sebagai Pengerusi Lajnah Pemerkasaan Parti, Perhubungan PAS Negeri Melaka, saya merasakan bahawa amat penting untuk lajnah ini menjalankan usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti sumber manusia yang ada dalam parti ini.

Jika dalam sesebuah syarikat ‘sumber manusia’ merujuk kepada kakitangan syarikat daripada peringkat pengurusan sehingga kakitangan operasi, maka dalam PAS sumber manusia merujuk kepada ahli-ahli dan amilin-amilin parti samada ahli biasa atau pimpinan.

Kita tidak dapat menafikan bahawa sumber-sumber manusia yang ada dalam PAS ini perlu diperkasakan kerana merekalah yang akan menggerakkan aktiviti-aktiviti parti bagi membolehkan PAS terus cemerlang untuk mencapai matlamat memerintah Malaysia dengan cara Islam yang sebenar.

Menjadi amalan biasa di syarikat-syarikat korporat malah di jabatan-jabatan kerajaan juga, mereka mempunyai program-program untuk meningkatkan kualiti sumber manusia ataupun ‘Program-Q’ di mana usaha penambahbaikan dan juga penganugerahan terhadap pencapaian dalam peningkatan kualiti dan inovasi sebagai galakan terhadap perkara ini.

Sebagai usaha awal kepada ‘Program-Q’ untuk PAS Negeri Melaka, saya dengan ini melancarkan slot penulisan di Portal Berita PAS Melaka yang dipanggil MODUL KUALITI HARAKI sebagai salah satu usaha meningkatkan kualiti amilin PAS melalui penulisan.

Modul ini akan menjadi panduan kepada para amilin tentang kualiti dan ciri-ciri yang harus ada kepada mereka dalam berjuang dan menjalankan tanggungjawab walau di mana sekali pun kedudukan dan taklifan mereka, hatta sebagai ahli biasa.

Program ini adalah dengan kerjasama Jabatan Penerangan PAS Negeri Melaka di mana rencana-rencana bagi modul ini akan ditulis oleh saya bersama dengan beberapa orang lagi Penulis PAS Negeri Melaka yang berkemahiran dalam bidang kepimpinan dan organisasi.

Setakat ini kita merancang untuk menerbitkan rencana-rencana ini sekurang-kurangnya lima rencana sebulan. Dan kita juga akan cuba untuk menerbitkan lebih daripada itu sekiranya ada kemampuan di pihak penulis-penulis rencana.

Saya berharap agar seluruh pimpinan dan ahli-ahli PAS Melaka dapat memanfaatkan program ini dengan membaca dan mengambil perhatian terhadap panduan dan nasihat yang terkandung di dalam setiap rencana yang diterbitkan.

Dan pada hari Jumaat yang mulia 29 Julai 2022M bersamaan 29 Zulhijjah 1443H ini, saya dengan rendah diri melancarkan Modul Kualiti Haraki, Lajnah Pemerkasaan Parti PAS Melaka.

Semoga segala usaha ini mendapat bantuan dan keberkatan daripada Allah SWT dan menjadi asbab kepada peningkatan dalam kecemerlangan PAS Negeri Melaka pada masa akan datang. Insya-Allah.

HAJI BAKRI JAMALUDDIN
• Timbalan Pesuruhjaya-1 PAS Melaka
• Pengerusi Lajnah Pemerkasaan Parti PAS Melaka

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH