Home Melaka

Rencana | Apakah DAP sudah bankrap idea?

302
SHARE

Oleh BAKRI JAMALUDDIN

TAKTIK sama, permainan yang sama, pemain yang sama, tetapi di padang yang lain’. Mengapa mereka bangkitkan isu RM90 juta dan RM1.4 juta?

Tidak dinafikan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 mereka berjaya menggunakan fitnah RM90 juta untuk mempengaruhi pengundi agar tidak memilih PAS di saat majoriti pengundi berada dalam ‘mood’ menolak BN.

Mereka tidak mampu membawa bukti autentik untuk mengaitkan dengan suapan RM90 juta walaupun semasa mereka menjadi kerajaan dan kuasa pendakwaan berada di bawah pentadiran mereka.

Mereka hanya sekadar bermain di awang-awangan dengan menyatakan mempunyai bukti pemindahan wang di Affin Bank oleh Husam Musa, sementara Anwar Ibrahim hanya menunjukkan kertas fotostat sewaktu berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyeh satu ketika dahulu. Itu pun beliau cuba membacanya dengan bahasa tubuh yang tidak yakin.

 

Dan yang terbaru dan melucukan Rewcastle Brown mengatakan bahawa dia hanya kata yang PAS dibayar oleh Umno, tetapi tidak berani membuat kenyataan tepat bahawa jumlahnya ialah RM90 juta seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Semua kenyataan yang mereka keluarkan bercanggah antara satu sama lain. Mengapa mereka ulangi taktik yang sama? Saya yakin mereka juga telah membuat kajian lapangan dan maklum akan hasil dapatan kajian tersebut.

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor tidak boleh dijadikan penanda aras buat BN bagi menghadapi PRU 15. Senario berbeza dan ‘it is a different ball game’.

Isu pimpinan Umno yang terpalit dengan berbagai-bagai tuduhan yang sedang berjalan di mahkamah akan menguatkan lagi gelombang pengundi atas pagar untuk tidak memilih BN pada PRU ke 15 seperti mana berlaku di PRU-14. Banyak pendapat mengatakan pola pengundian PRU-15 akan mirip PRU-14 di mana tidak ada parti yang akan memenangi kerusi Parlimen secara majoriti dan dominan.

Di mana kekuatan PAS? Kekuatan PAS adalah pada huruf ‘A’nya iaitu ‘amanah’ atau berintegriti yang berteraskan kepada ajaran Islam yang bersumberkan Al Quran dan Sunnah menjadi anutan majoriti penduduk Malaysia. Ini telah dibuktikan di negeri-negeri yang diperintah oleh PAS seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Selain itu kekuatan PAS terletak kepada kesatuan ahlinya dalam memberikan ketaatan dan kepatuhan kepada pimpinan parti terutama Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Presiden.

Rencana ini juga disiarkan di Harakah cetak Edisi Isnin bertarikh 19-22 September 2022

 

Seperti di PRU-14, DAP mula.menyerang batang tubuh Tuan Guru Presiden untuk melumpuhkan rantaian wala’ ahli kepada pimpinan tertinggi parti dan mempengaruhi pengundi untuk tidak mengundi PAS sebagai alternatif kepada orang-orang Melayu Islam dan non-Muslim yang tidak ekstrim.

Mereka tidak mampu menerobos tembok yang dibina oleh PAS secara ‘fair game’ atau secara ‘gentleman’ melainkan menciptakan isu dan propaganda.

Kali ini juga mereka cuba menutup kegagalan kerajaan PH yang mereka berada di dalamnya dengan menggunakan taktik yang sama bagi mempengaruhi pengundi muda yang rata-rata merupakan pengundi baru dan pertama kali.

Kita masih ingat hampir semua janji manifesto mereka dalam PRU ke 14 tidak dapat dilaksanakan disebabkan kelemahan mereka sendiri sehingga timbul ungkapan ‘manifesto bukan kitab suci’, ‘negara tidak ada wang’ dan sebagainya.

 

Itulah pengalaman pahit rakyat yang tertipu dengan 22 bulan PH menjadi kerajaan sehingga timbul ungkapan ‘rakyat kena kencing’ dan akhirnya ada rakyat yang mengaitkan huruf PH sebagai Pakatan Hancing

Anak muda terutamanya ditipu bulat-bulat apabila janji menghapuskan pinjaman PTPTN tidak mereka laksanakan.

Oleh kerana kekuatan PAS adalah integriti yang PAS miliki, maka itulah titik serangan mereka untuk menimbulkan keraguan kepada pengundi atas pagar agar PAS tidak menjadi parti pililhan rakyat dalam suasana politik yang tidak stabil hari ini.

Alhamdulillah, hari ini zaman langit terbuka dan maklumat di hujung jari. Rakyat boleh mendapatkan maklumat akan kegagalan semasa mereka menjadi kerajaan.

Jadilah rakyat yang bijak dan pintar demi masa depan negara Malaysia yang sejahtera dan stabil dan Islam sebagai agama rasmi negara. Jangan kita mahu disengat dua kali dari lubang yang sama. Pisang tidak berbuah dua kali.

Penulis adalah Timbalan Pesuruhjaya-1 PAS Melaka.

Timbalan Pesuruhjaya-1 Bakri Jamaluddin

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH