Home Berita PAS Pahang

ADN Chenor ziarah santuni warga sekitar Bukit Segumpal

67
SHARE

Oleh ASA AHMAD

MARAN, 27 Sept : Ahli Dewan Negeri (ADN) Chenor Ustaz Mujibur Rahman Ishak telah menyertai program ziarah kasih penduduk di Kampung Awah, Chenor dekat sini, Ahad lalu.

Program anjuran Unit Daerah Mengundi (UDM) Bukit Segumpal itu bertujuan meningkatkan hubungan dengan masyarakat setempat yang telah sedia terjalin.

Menurut Ustaz Mujibur, program ziarah penduduk ini perlu sentiasa diadakan supaya  PAS sentiasa menjalinkan hubungan dengan masyarakat setempat.

“Program ziarah ini, disamping dapat meningkatkan ukhwah, kita juga dapat  mengambil tahu lebih dekat lagi hal ehwal penduduk terutama yang dalam kesusahan dan keuzuran.

“Saya ucapkan tahniah kepada penganjur (UDM) Bukit Segumpal yang sering melakukan program cakna masyarakat begini, semoga dapat dilaksanakan lagi dimasa akan datang dan dipermudahkan Allah akan urusannya,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua UDM Bukit Segumpal, Asri Abdul Kadir berkata program ziarah penduduk terutama warga emas dan sakit ini sering dilakukan oleh pihaknya.

“Kami hari ini turun bersama-sama ADUN Chenor dan jentera muslimat UDM Bukit Segumpal, mengambil kesempatan menziarahi dan menyantuni golongan warga emas, yang sedang keuzuran serta golongan susah di sekitar sini.

“Masyarakat di sini sudah biasa dengan program ziarah dari kami dan setiap program kami diterima baik oleh mereka,” kata Asri.

Dalam program tersebut sebanyak 30 pek makanan telah disampaikan oleh ADN Chenor dan turut dihadiri sama oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Maran, Ustaz Ramli Awang Abdul Rahman.