Home Berita PAS Kelantan

Remaja Kelantan divaksin mulai hari ini

87
SHARE

Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA

KOTA BHARU, 21 Sept: Mulai hari ini, Selasa 21 September 2021 semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam dan PPV intergrasi seluruh Negeri Kelantan dibuka kepada remaja berusia 16 dan 17 tahun untuk divaksinasi secara ‘walk-in’.

Mereka perlu hadir bersama ibu atau bapa dengan membawa kad pengenalan, telefon pintar yang sudah didaftar aplikasi MySejahtera, jika ada.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dato’ Dr Zaini Hussin berkata, program suntikan vaksin COVID-19 kepada golongan remaja dan pelajar sekolah di negeri ini dijangka dimulakan pada minggu ini melibatkan pelajar di bawah sekolah kementerian dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) serta sekolah-sekolah swasta.

Perkembangan semasa mencatatkan, Kelantan telah mencapai 77.4 peratus suntikan vaksin COVID-19 bagi dos pertama.

#KelantankeArah80PeratusImunitiKelompok