Home Rencana PAS Kelantan

Rekod tanpa rasuah selama 30 tahun kejayaan terbesar Kerajaan Kelantan

21
SHARE

Meneliti isu-isu dan urusan berkaitan Pentadbiran Awam, Pembangunan Wilayah, Kesejahteraan Rakyat dan Integriti yang saya pengerusikan untuk dibawa ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan esok.

Apabila ditanya apakah kejayaan terbesar Kelantan sehingga sekarang?

Kami dengan setulus hati sentiasa sampaikan bahawa, rekod tanpa rasuah selama 30 tahun di kalangan pemimpin dan kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan merupakan kejayaan bersama kita semua.

Kami di pihak kerajaan, dan tuan puan yang sentiasa memberikan mandat dan sokongan.

Indeks rasuah merupakan “acid-test” kepada sesebuah kerajaan dan merupakan perkara yang sangat penting. Mungkin tidak keterlaluan jika saya sebut, tiada yang dapat menandingi Kelantan dalam ketelusan ini sehingga sekarang.

Prestasi Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti dalam Laporan Ketua Audit Negara pernah mencecah markah 99% serta mengekalkan markah yang tinggi saban tahun dan mendapat pujian.

Doakan semoga Kelantan terus cemerlang dalam urus tadbir negeri dengan panduan yang telah digariskan oleh Almarhum Tok Guru iaitu Membangun Bersama Islam.

https://www.facebook.com/datonikamar
MOHD AMAR ABDULLAH
Pondok Tok Ayah Kedah, Kelantan Darul Naim