Home Berita PAS Johor

Rehlah tarbawi amal medan pembinaan jati diri

145
SHARE

Oleh : Nazirul Munir

KLUANG – Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kluang menganjurkan Rehlah Tarbawi Amal 2022 di Madrasah Tahfiz Al-Quran Nurul Haq, di sini, harini.

Perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari ini bermula 27 Januari sehingga 29 Januari bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai Jabatan Amal Malaysia serta mentarbiah para peserta.

Timbalan Komandan Amal Kawasan Kluang, Mohamad Sarimun Lasno menyatakan perkhemahan proses pembentukan Briged Amal.

“Rehlah ini merupakan permulaan kita (Jabatan Amal) untuk menubuhkan Briged Amal Malaysia (BAM) di Madrasah ini dan kita akan terus membuat pantauan pada masa akan datang”, Ujar beliau semasa penutupan Rehlah Tarbawi Amal.

Disamping itu, pengetua Madrasah Tahfiz Al-Quran Nurul Haq, Mohd Nur Syaza Jamal menyatakan program akan diteruskan masa akan datang.

“Pihak Madrasah bercadang untuk meneruskan program seperti ini dengan kerjasama Amal Kluang pada masa akan datang, ujar beliau”.

Seramai 48 orang peserta dari Madrasah Tahfiz Al-quran Nurul Haq diberi pendedahan mengenai asas kawad kaki, bantuan awal kecemasan serta “Water Confident”.

Turut hadir, Ketua Unit Briged dan Kadet Jabatan Amal Negeri Johor, Muhaimin Karim, Ketua Skuad Briged dan Kadet Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kluang, Muhammad Al-Amin Kamaruddin serta Ahli Jawatankuasa Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kluang.