Home Berita PAS Melaka

Rayuan Sumbangan Prihatin Untuk Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Jasin.

10670
SHARE

Oleh : Abu Fadhil

JASIN : Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin memohon sumbangan orang ramai bagi membantu meringankan musibah dihadapi Timbalan Ketua Pemuda PAS Jasin, Ustaz Hafiz Jasman.

Kesihatan beliau terganggu akibat sakit jantung yang beliau hidapi sekian lama. Beliau kini dalam keadaan uzur apabila kerana keadaan kesihatanya tambah merosot akhir-akhir ini.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin telah melakukan ‘Ziarah Kasih Ramadan’ ke rumah beliau malam tadi bagi melihat perkembangan kesihatan beliau.

Menurut Hafiz, kini keadaannya semakin serius dan tidak lagi mampu untuk bekerja sebagai guru di sebuah sekolah swasta Islam disebabkan situasi kesihatan semasanya.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin, Ustaz Mohd Norfaizal Nordin yang mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin berharap semoga kesihatan beliau pulih sediakala dan dapat bersama-sama dengan aktif semula dalam jemaah.

“Kepada sesiapa yang sudi menghulurkan sumbangan kepada Saudara Mohammad Hafiz Jasman bolehlah menghulurkan sedikit bantuan untuk beliau melalui akaun bank beliau.

“Semoga dengan sumbangan ikhlas tuan puan dapat sedikit sebanyak meringankan beban beliau.” ujar beliau

Turut bersama dalam program Ziarah Kasih Ramadan ini ialah Ketua ARC Jasin, Azuan Aziz bersama dengan beberapa orang lagi ahli jawatankuasa Pemuda PAS Kawasan Jasin.

Kepada orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghulurkan sumbangan ke akaun berikut:

Akaun maybank – 169963101433

Mohammad Hafiz bin Jasman
H/P : 0197863264


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)