RAMADAN hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi dan ia seharusnya menjadi rebutan setiap umat Islam untuk memperoleh ganjaran yang dijanjikan Allah SWT.
KEMPEN PECUTAN SEDEKAH, Jom menyumbang! Penuhkan bakul amalan Ramadan kita.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Bersedekah yang paling afdal adalah sedekah yang dikeluarkan di bulan Ramadan” (HR Al Bukhari & Muslim)
“Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).” Hadis Riwayat al-Tirmidzi.
“Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.” Hadis Riwayat: Imam Ahmad
Berapa nilainya bukan ukuran. Nilai keikhlasan dan istiqamah dalam menjalani setiap kewajipan. Moga amalan kita terus diterima dan berat timbangan tangan kanan di hari pengadilan kelak. Insya Allah.
Berinfaklah dan bersedekahlah kerana dahsyatnya ganjaran yang Allah berikan bagi mereka yang berinfak pada bulan Ramadan yang mulia ini. Semoga Allah permudahkan urusan para penyumbang yang budiman serta menunaikan hajat kalian asbab sedekah dan infak tuan-puan yang budiman.
Artikel oleh : PAS Kawasan Kota Melaka