Home Artikel PAS Melaka

PAS Tangga Batu Bantu Penduduk Kampung Tanah Merah Krubong

622
SHARE

 

Oleh : Kamil Saufee

TANGGA BATU : Telah berlangsung program agihan sumbangan kepada golongan veteran PAS Tangga Batu, ibu tunggal dan anak-anak yatim di sekitar Kampung Tanah Merah, Krubong di sini semalam.

Program ini adalah hasil kerjasama PAS Kawasan Tangga Batu bersama PAS Cawangan Tanah Merah.

Timbalan Yang Dipertua (TYDP) PAS Kawasan Tangga Batu, Rafie Ahmad yang bertindak sebagai Pengarah Program berkata, ini merupakan program tahunan di mana setiap ibu tunggal dan anak yatim di sekitar sini akan diberi bantuan berupa Kit makanan dan juga wang tunai.

Namun menurut Rafie, apa yang menarik untuk program kali ini, ia turut disertai oleh ADUN Paya Rumput YB Mohd Rafiq Naizamohideen yang turut sama memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim.

Seramai 27 orang ibu tunggal dan 28 orang anak yatim telah menerima sumbangan pada tahun ini.

Turut menyampaikan sumbangan dalam program ini ialah YDP PAS Kawasan Tangga Batu, Bakri Jamaluddin, Pengarah MTD Paya Rumput, Norazman Yusof, Ketua Cawangan Tanah Merah, Roslan Abd Ghani dan beberapa orang AJK Cawangan Tanah Merah.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)