Home Berita PAS Kelantan

Rakyat sihat, hasrat kerajaan negeri – Exco Kesihatan

124
SHARE

KOTA BHARU, 16 Jul: Menjadi hasrat Kerajaan Negeri melihat masyarakat Kelantan sihat, justeru pelbagai program ke arah Kelantanku Sihat telah bermula.

“Islam mengajar umatnya mengamalkan kehidupan yang sihat kerana muslim yang kuat lebih baik dari muslim yang lemah.”
Demikian ucapan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan Yb Dr Izani Husin dalam Majlis Pelancaran Kelantan Sihat ‘Weight Loss Challenge’ di Pusat Hitfat Functional Gym.

Beliau juga turut berpesan kepada 324 peserta yang menyertai program tersebut selama tiga bulan yang bermula hari ini supaya komited dengan latihan dan jadual pemakanan yang disediakan oleh pihak penganjur agar matlamat sihat tercapai dan agenda Kelantanku Sihat dapat direalisasikan.

Menurutnya lagi, melalui latihan (exercise) akan dapat menghasilkan hormon endorfin di dalam tubuh manusia yang bagus untuk mencegah penyakit dan membuatkan diri berasa tenang, gembira serta dapat menghasilkan energi positif pada tubuh seseorang.