Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Rakyat Selangor Semakin Selesa Dengan PAS

5133
SHARE

Rakyat Selangor Semakin Selesa Dengan PAS

Oleh: Salman Amirruddin

Selangor merupakan antara negeri tumpuan Pilihan Raya Umum (PRU) 14 kali ini.

Semua pihak samada Barisan Nasional atau Pakatan Harapan melakukan pelbagai usaha serta melaburkan wang ringgit untuk menggerakkan jentera mereka bagi memenangi dan memerintah negeri Selangor.

PAS bersama Gagasan Sejahtera juga tidak ketinggalan dalam menzahirkan kesungguhan mereka.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Sallehin Mukhyi juga sebagai calon DUN Sabak telah menegaskan perkara tersebut berulang kali.

“Teruskan bergerak, terus bekerja, sampaikan maklumat ke setiap telinga pengundi-pengundi kita.

“Alhamdulillah, hasil Budaya Politik Matang Dan Sejahtera kita sudah tiada jarak antara kita dan masyarakat, dia tahu dan faham bila orang PAS yang datang kepada mereka, mereka akan kata ini orang baik, ini orang yang jujur, ini orang yang beradab.

“Jangan sampai kita ada halangan-halangan, sampaikan setiap maklumat kepada setiap pengundi, ajak mereka, beri kefahaman kepada mereka tentang fokus, manifesto dan matlamat kita untuk menerajui kesejahteraan Selangor ini..,”pesan Ustaz Sallehin Mukhyi kepada hadirin dalam ucapan beliau semasa majlis pengunguman calon PAS di Shah Alam.

Rakyat Selangor menurut beliau sudah mula memberi respon positif atas pengamalan Budaya Politik Matang Dan Sejahtera yang menjadi pendekatan konstruktif parti itu mutakhir ini.