Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Calon Lulusan Al Azhar dan Profesional Taruhan PAS Untuk Perjuang Isu Islam

4253
SHARE

Calon Lulusan Al Azhar dan Profesional Taruhan PAS Untuk Perjuang Isu Islam

Oleh: Mohd Fadzil

Majlis pengisytiharan calon PRU-14 PAS Negeri Perak telah berlangsung di Markaz Tarbiyyah PAS Perak, Air Kuning Taiping, Khakis lalu.

Pengisytiharan tersebut disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Razman bin Zakaria

PAS Perak kali ini menampilkan dua ikon ulamak iaitu Ustaz Haji Abu Bakar bin Husin yang bertanding di N.08 Kawasan Titi Serong dan Ustaz Haji Idris bin Haji Ahmad di P.059 Parlimen Bukit Gantang.

Kedua-dua calon itu dilihat mampu mempertahankan kawasan masing-masing yang telah dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Manakala, tiga Ikon bagi anak muda pula diwakili oleh Ustaz Mohd Hafez bin Sabri bertanding di N.25 kawasan Manjoi; Ustaz Khalil bin Yahaya, N.06 Kubu Gajah dan Ustaz Muhammad Mujahid, P.055 Parlimen Lenggong.

Antara calon anak muda tersebut mempunyai Lulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Al Azhar As Syarif, Mesir.

Dalam masa yang sama, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Haji Razman bin Zakaria sendiri bakal nerebut kerusi di Gunong Semanggol.

Sementara itu, N.05 Dun Selama diwakili oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Mohd Akmal bin Kamaruddin

Setelah selesai pengumuman calon, majlis diteruskan dengan bai’ah daripada kesemua yang bertanding.

PAS Perak meletakkan calon di 63 kerusi iaitu 19 Parlimen dan 44 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-14.