Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

9 Calon Wanita Selangor Bukti PAS Prihatin Isu Wanita

663 views
SHARE

9 Calon Wanita Selangor Bukti PAS Prihatin Isu Wanita

Oleh: Salman Amirruddin

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) negeri Selangor selesai mengumumkan calon-calon Pilihan Raya Umum (PRU) 14 di Dewan Dato Mohd Taib Grand Ballroom, PERKIM Village, Seksyen 8, Shah Alam pada 19 April serentak dengan beberapa negeri lain.

PAS Selangor kali ini akan bertanding di 20 kerusi Parlimen dan 47 kerusi DUN dalam berhadapan pesaing ketatnya dari Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Calon-calon yang dikemukakan terdiri daripada calon Dewan Muslimat, Dewan Pemuda, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP); merupakan tokoh masyarakat tempatan yang pakar dalam bidang masing-masing dan terbukti mampu berkhidmat.

Pesuruhjaya PAS Selangor sendiri turut tercalon di N.02 Sabak manakala Naib Presiden PAS, Iskandar Abdul Samad calon bagi N.21 Pandan Indah.

3 tokoh dakwah turut tersenarai iaitu Ustaz Ahmad Dusuki Bin Abd Rani, N.40 Kota Anggerik; Ustaz Mohd Zamri Bin Mohd Zainuddin, N.08 Sungai Burong dan Ustaz Nushi Bin Mahfodz di P.102 Bangi.

Manakala 9 orang calon Dewan Muslimat ditampilkan sebagai bukti PAS Selangor prihatin terhadap isu wanita.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Binti Mohd Salleh sendiri diketengahkan menjadi calon untuk Parlimen Sungai Buloh. PRU 13 lalu, Sivarasa A/L K. Rasiah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat majoriti 26,719 di kerusi parlimen tersebut..

Menariknya, dua orang wakil Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) turut menjadi calon PAS kali ini iaitu Kong Tuck Wah selaku N.14 Rawang merupakan Bendahari DHPP Malaysia dan Naib Ketua DHPP Selangor.

Seorang lagi diletakkan untuk bertanding di N.48 Sentosa iaitu Rajan Manikesavan, 48 tahun.