Home Artikel PAS Melaka

Rakyat Melaka kecewa, dibawah kerajaan PH?

961
SHARE

Oleh : HANIFF ABD RAHIM

DESA DUYONG : Sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan Negeri Melaka, kerajaan PH dilihat tiada usaha dalam mengembalikan keperluan hak-hak rakyat. Usaha untuk meninggikan syariat Islam juga dilihat semakin kurang dan ditentang.

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek berkata, rakyat khususnya di negeri ini kecewa kerana semakin terbeban dengan kos sara hidup dibawah pemerintahan PH.

Kerajaan PH katanya, tidak memberikan kepimpinan yang baik sehingga menyebabkan rakyat hari ini merasa tertipu dan terus diperbodohkan.

“Kerajaan PH, sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk mentadbir Negara. Buktinya, rakyat kecewa dan memandang rendah kepimpinan kerajaan sekarang,”katanya disini.

Beliau juga menyifatkan dalam belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan PH juga tidak membawa khabar berita baik sedikit pun kepada rakyat.

“Kita selalu dengar sewaktu PH menjadi pembangkang dahulu, kalau PH memerintah nanti, rakyat akan jadi senang. Kesannya, rakyat makin bosan dan kepercayaan mereka semakin terhakis,”tambahnya.

Ketua Pembangkang DUN Melaka, Datuk Seri Idris Haron pula berkata, sepanjang Dewan Undangan Negeri Melaka bersidang untuk beberapa minggu yang lepas, banyak isu-isu rakyat yang tidak diketengahkan oleh kerajaan PH.

“Sebelum ini saya cuba membawa usul UEC, ICERD dalam Dewan Undangan Negeri tetapi saya telah diusir keluar dari dewan,” katanya.

Menurut Idris juga, kerajaan PH dalam mentadbir Dewan Undangan Negeri Melaka sudah tidak berwibawa dan undang-undang di dalam dewan dipermainkan.

“Rakyat juga perlu melihat dan menilai, apa yang berlaku dalam semasa Dewan bersidang. Melihat sendiri pemimpin PH yang tidak mempunyai kualiti dalam memimpin negeri ini,”ujarnya lagi.

Program santai petang bersama dua tokoh politik Negeri Melaka ini dianjurkan oleh PAS cawangan Desa Duyong bertempat di Warung 12 Malam, Selera Asam Pedas Pak Yus, Permatang Duyong, Melaka.

Turut hadir program tersebut, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman, Timbalan Pesuruhjaya III PAS, Puhat Bedol, Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Yang Dipertua PAS Kota Melaka, Ghafar Wahab, ADUN Pantai Kundor, Nor Azman Hassan, ADUN Taboh Naning, Latifah Omar dan ADUN Ayer Molek, Rahmad Mariman.