Home Artikel PAS Perlis

Pemuda PAS Perlis Anjur ProtaPAS Sempena Cuti Sekolah

762
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis akan menganjurkan Program Tarbiyyah Anak Ahli PAS (ProtaPAS) pada 14 hingga 15 Disember nanti.

Program yang akan diadakan di Madrasah Diniah Islamiah(MADI) itu terbuka kepada para peserta yang berumur antara 12 hingga 18 tahun.

ProtaPAS bermatlamatkan memantapkan asas Islam dalam kalangan anak-anak ahli PAS mgnggunakan silibus yang telah disusun oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Turut menjadi fokus adalah memberikan kefahaman yang jelas kepada para peserta berkenaan dengan perjuangan Islam bersama-sama dengan PAS.

Antara aktiviti menarik yang bakal diadakan adalah Futsal Tarbawi, pembinaan jiwa dan akhlak Muslim, modul lapangan dan kawad kaki.

Penyertaan masih dibuka dan kepada mereka yang berminat bolehlah menghubungi wakil ProtaPAS di talian 011-10307332 (Najat) atau 012-4704276 (Husna).

Selain itu, DPPNPs turut mengalu-alukan sumbangan kewangan daripada para dermawan bagi menjayakan penganjuran kem berkenaan.

Sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun BIMB bernombor 03027020642191 atas nama Noorafirah Binti Nordin dengan menghantar bukti transaksi ke pautan http://www.wasap.my/60145217423/sumbanganprotapas.