Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Rakyat Malaysia Perlukan Kerajaan yang Lebih Sejahtera

1086
SHARE

Rakyat Malaysia Perlukan Kerajaan Yang Lebih Sejahtera

1.Pasca PRU 14, Malaysia telah mengalami beberapa peristiwa yang mengundang ketidakstabilan ekonomi, politik dan sosial. Tuntutan peralihan kuasa PM mula didengari selepas satu tahun Pakatan Harapan mengambil alih negara daripada BN melalui PRU lepas. Komponen parti di dalam PH dilihat rakus menjayakan agenda tersendiri sehinggakan banyak kepincangan di dalam pentadbiran jelas terlihat dan mengundang keresahan bukan sahaja dari kalangan rakyat malah turut memberi kesan kepada pelabur-pelabur asing.

2. Satu demi satu episod kepincangan berlaku dalam pentadbiran negara. Bermula dengan pembahagian wang negara secara tidak adil. Aset negara pula dijual sedikit demi sedikit. Sudahlah pelaku jenayah yang jelas-jelas melakukan kesalahan dibebaskan. Kes penganiyaan terhadap anggota awam pula ditunda-tunda pengadilannya. Keresahan rakyat ditambah lagi dengan pasaran pekerjaan yang tidak menentu hingga memberi kesan kepada kenaikan terus kos sara hidup dikalangan rakyat khasnya kepada golongan muda .

3.Peralihan dalam kabinet kepimpinan negara yang didesas-desuskan mulai semalam sudah semestinya boleh memberi nafas baru kepada rakyat Malaysia. Sejak dua minggu lepas, PAS telah menguar-uarkan akan membawa usul undi percaya yang menyokong kepimpinan Tun Mahathir ke dalam Dewan Rakyat Mac depan. Kerjasama UMNO – PAS melalui persefahaman Muafakat Nasional yang semakin mendapat tempat di hati rakyat telah menggusarkan Pakatan Harapan.

Apa yang cuba dilakukan oleh PAS bukanlah gimik politik semata-mata bahkan untuk meletakkan noktah kepada iklim politik Malaysia yang tidak menentu ini. Rakyat sudah muak dengan retorik politik yang menyalahkan kerajaan dahulu sahaja. Masanya sudah tiba untuk kita bangkit membina negara yang lebih mampan dan berjaya.

Semoga Malaysia terus aman dibawah pimpinan kerajaan yang lebih dinamik. Bersama doakan landskap negara Malaysia kembali dalam suasana aman, damai dan harmoni sejahtera.

#Malaysiasejahtera
#DownDAP

DrNajihatussalehah Ahmad.
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat PAS Malaysia
24 Februari 2020
30 Jamadil Akhir 1441