Home Artikel PAS Terengganu

Garis Panduan Hiburan : Bukti Kerajaan Negeri Terengganu Hargai Wanita

441
SHARE

 1. Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) berasa amat kesal dengan kritikan Ketua Wanita MCA, Heng Seai Kie

terhadap garis panduan yang akan dikuatkuasakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu antara lain, melarang penghibur wanita daripada membuat persembahan untuk penonton lelaki,

2. Dengan dakwaan kononnya ia akan menjejaskan , prestasi seni budaya dan juga kepelbagaian gaya hidup serta imej Malaysia sebagai negara berbilang etnik yang menggalakkan kesederhanaan dan menegakkan semangat inklusif, perpaduan dan keharmonian adalah tanggapan yang tidak masuk akal.

3. DMPNT ingin menjelaskan bahawa garis panduan tersebut adalah sebagai bukti Kerajaan Negeri amat menghargai dan mengiktiraf wanita yang dilihat hari ini golongan tersebut telah dieksploitasi atas nama penghayatan seni dan budaya.

4. Dengan adanya garis panduan yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu yang ingin menjadi negeri ini Maju, Berkat dan Sejahtera akan melahirkan rakyat yang bersaksiah dan berakhlak.

5. Justeru itu DMPNT berharap Wanita MCA memandangkan positif garis panduan penganjuran yang bakal digunapakai nanti.

6. DMPNT bersedia pada bila-bila masa untuk bertemu dan berbincang dengan Wanita MCA, agar dapat memelihara persefahaman dan muhibbah serta memahami kehidupan mesayarakat berbilang kaum.

Oleh :
To’ Puan Hajah Zarani Othman
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu(DMPNT)
24 Februari 2020/30 Jamadil Akhir 1441H