Home Berita PAS Kelantan

Rakyat diseru perteguhkan muafakat

49
SHARE

PASIR PUTEH, 76 Ogos: Tindakan pemimpin kerajaan yang mentadbir urus negara sekarang adalah kaedah terbaik untuk memperteguhkan permuafakatan demi perpaduan masyarakat majmuk di tanah air kita.

Berucap semasa siri ceramah isu semasa Hijratul Rasul dan Sidang DUN peringkat Pasir Puteh, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Seranta Negeri Kelantan, YB Dato’ Panglima Perang, Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata kaedah fekah mengambil jalan paling berhemah apabila bertembung dua mudarat, kita kena tolak mudarat besar dan ambil mudarat kecil.

“Perkara ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW bermaksud “apabila bertembungnya dua mafsadah, maka dipelihara (ditolak) mudarat yang paling besar dengan melakukan mudarat yang lebih ringan.” Hal sama juga telah diceritakan di dalam al Quran berkaitan kisah Nabi Musa dan Nabi Khaidir” katanya di Tok Bali, Rabu lalu.

Ceramah umum anjuran Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) itu turut dihadiri Ahli Parlimen Pasir Puteh merangkap Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II (MAFI) YB Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Selising yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, ADUN Semerak YB Wan Hasan Wan Ibrahim dan ADUN Gaal Mohd Radzi Jaafar.