Home Berita PAS Kelantan

Rakyat diseru meriahkan JAKM Peringkat Negeri Kelantan – MB

189
SHARE

KOTA BHARU, 17 Jul: Karnival Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) bakal berkampung di Kelantan bermula 22 hingga 24 Julai 2022 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-lV Kota Bharu. Lokasi tersebut ialah destinasi keenam selepas Johor, Perlis, Sabah, Terengganu dan Perak.

Program yang berobjektif memastikan semua rakyat dapat menghayati konsep ‘Aspirasi Keluarga Malaysia’ dengan lebih jelas selaras dengan manifestasi komitmen kerajaan dalam memenuhi keperluan serta kehendak rakyat.

Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob semasa dihubungi pengacara program Malaysia Hari Ini pagi tadi berkata, terdapat banyak pengisian menarik kepada pengunjung yang bakal hadir.

Antaranya, pameran agensi-agensi kerajaan Pusat dan Negeri, jualan-jualan IKS dan karnival kerjaya ‘Jaminan Keluarga Malaysia’.
“Selepas negara kita dilanda pandemik COVID-19, ramai pihak ingin membangunkan semula ekonomi masing-masing. Maka karnival kerjaya Jaminan Keluarga Malaysia ini adalah peluang terbaik. Saya dimaklumkan kira-kira 28 majikan akan hadir untuk menemuduga secaran langsung melibatkan 3926 kekosongan”, katanya.

Ustaz Dato’ Ahmad Yakob turut memaklumkan program JAKM ini turut mendapat kerjasama pejabat Menteri Besar, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Majlis Pembandaran Kota Bharu.

Perasmian akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.