Home Berita PAS Kelantan

Rakyat dinasihati peka, tahu perkembangan cuaca semasa- MB

41
SHARE

TUMPAT, 20 Dis: Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob menasihati orang ramai agar sentiasa peka dengan arahan daripada pihak berkuasa selain mengambil tahu perkembangan dan amaran cuaca terkini yang dikeluarkan.

“Saya berharap semua rakyat tidak mengambil mudah setiap arahan dan panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa terutamanya melibatkan arahan berpindah dikeluarkan, hendaklah semua pihak mengambil langkah segera untuk berpindah,” ulasnya.

Terdahulu, beliau menziarahi keluarga mangsa tiga beradik yang meninggal dalam tragedi renjatan elektrik di Kampung Bendang Surau, Morak, semalam.

Beliau juga menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga dan mendoakan keredaan buat mereka.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa renjatan elektrik di Kampung Morak. Semoga Allah SWT mengurniakan ketabahan dan kesabaran kepada ahli keluarga mangsa,” katanya menerusi hantaran di laman sosial miliknya.

Sementara itu, Pengarah Sekretariat Pusat Khidmat Parlimen Tumpat Shalah Huddin Che Husin mewakili Ahli Parlimen Tumpat YB Dato’ Mumtaz Md Nawi turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.