Home Berita PAS Kelantan

Rakyat beruntung Kelantan ditadbir ulama

4558
SHARE

BIARPUN ada pihak cuba membayangkan akan berlaku tsunami politik di Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, namun orang ramai di sini melihat situasi sebaliknya.

Kekalahan PAS pada PRU 1978 kerana faktor kejayaan Umno memecahkan PAS dari dalam sehingga munculnya Berjasa yang bersekongkol dengan Umno ketika itu.

Namun kali ini kondisinya berbeza apabila perpecahan PAS bukan kerana Umno, sebaliknya DAP yang kecewa selepas pemimpin harapannya gagal mengekalkan jawatan pada muktamar PAS 2015.

Malah Parti Amanah Negara (PAN), serpihan PAS tidak berada dalam blok bersama Umno seperti dilakukan Berjasa pada 1978.

Adun Tendong, Rozi Muhamad pula memberitahu ada pihak bersungguh-sungguh hendak menawan Kelantan bagi membolehkan program mungkar seperti sebelum 1990 dihidupkan kembali.

Katanya, Umno tidak boleh menafikan hakikat itu kerana parti berkenaan terlibat secara langsung beberapa program yang melanggar peraturan kerajaan negeri.

Menurutnya program Karnival Rakyat di Sekolah Kebangsaan Kelar tahun lepas yang menampilkan penyanyi wanita berpakaian ketat dan tidak menutup aurat ada kaitan dengan Umno.

“Jadi Umno beriya-iya mahu merampas Kelantan kemungkinan besar bagi menghidupkan semula program mungkar seperti pernah berlaku sebelum 1990.

“Belum ada kuasa pun mereka menganjurkan program seumpama itu yang jelas bertentangan dengan aspirasi rakyat Kelantan,” katanya.

Adun Bukit Tuku, Abdul Rasul Muhammad berkata, sejak ulama mentadbir Kelantan perkembangan Islam semakin marak.

Katanya dalam tempoh 27 tahun sudah banyak rakyat menikmati manfaatnya terutamanya berkaitan dengan Islam. – HARAKAHDAILY 23/10/2017