KOTA BHARU, 9 Oktober: Setiausaha DUN Kota Lama, Mohd Mortazi Ismail mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, YB Dato’ Anuar Tan Abdullah merasmikan Kejohanan Badminton Tertutup Pemuda DUN Kota Lama di Dewan Badminton Dato’ Lundang, semalam.
Kejohanan ini adalah anjuran Pemuda DUN Kota Lama membabitkan 32 regu yang mengambil bahagian pada kali ini.
Kejohanan kali ini mengangkat team Raja Bulu Tangkis sebagai johan dengan hadiah wang tunai RM500 dan medal, naib johan PPR Kota Bharu A dengan hadiah RM300 dan medal.
Tempat ketiga Kubang Pasu dengan hadiah RM200 dan medal, keempat PPR Kota Bharu B dengan hadiah RM100 dan medal, manakala tempat kelima hingga lapan hadiah saguhati berbentuk hamper.
Mohd Mortazi yang juga selaku Pegawai Tadbir DUN Kota Lama mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan berharap pada penganjuran akan datang lebih banyak lagi penyertaan.
Turut hadir, Ketua Pemuda DUN Kota Lama, Muhammad Saifullah Zainuddin dan AJK Pemuda DUN Kota Lama sebagai sekretariat kejohanan.