Oleh CHE MAZIAH MAT
KOTA BHARU, 31 Ogos: Buat julung kali, lima Putera Raja dari Kelantan, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu akan menzahirkan titah harapan Malaysia menerusi program “Harapan Diraja Pewaris Negara Merdeka” yang dijadualkan berlangsung malam ini.
Putera Raja tersebut ialah Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail.
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam kenyataannya memaklumkan, program bakal bersiaran secara langsung di Facebook Live Suara Sunnah Channel, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, MAIPs dan YouTube Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Negeri Perlis.
Rakyat Malaysia diseru bersama-sama menyaksikan siaran maya tersebut demi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.
#ViraliyatBerita9pg
#MalaysiaPrihatin