Home Berita PAS Kelantan

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Manek Urai

200
SHARE
KUALA KRAI, 27 Jun: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Manek Urai mula dibuka pada 1 Jun 2021 dan beroperasi di Pejabat Majlis Daerah Dabong, Dataran Lemang Manek Urai Baru. Setiap hari PPV tersebut berjaya memberi suntikan pada peringkat awal kepada 120 penerima dan dinaikkan kepada 180 dan 200 setiap hari bagi mempercepatkan program imunisasi berkelompok khususnya di Parlimen Kuala Krai.
PPV ini melibatkan staf Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai, Klinik Kesihatan Manek Urai, Klinik Kesihatan Laloh. Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff Abdul Rahman sempat meninjau perjalanan proses vaksinasi di PPV tersebut. Beliau turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pasukan barisan hadapan dan agensi yang terlibat dalam melaksana dan menjayakan program ini.