Home Berita PAS Kelantan

Purata RM12.8 juta diagih kepada mangsa banjir

340
SHARE

KOTA BHARU, 29 Nov: Exco Kebajikan negeri, YB Dato’ Mumtaz Md Nawi memaklumkan 12,753 Ketua Isi Rumah (KIR) di parlimen Rantau Panjang telah menerima agihan bantuan mangsa banjir melibatkan peruntukan RM12,753,000.

Katanya, sumbangan kerajaan tersebut diagih melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pasir Mas yang bertanggungjawab menyelaraskan pembahagian Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 setiap KIR mengikut parlimen Pasir Mas dan Rantau Panjang.

Beliau turut menjelaskan, Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negera (NADMA) telah menyalurkan peruntukan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan bagi sumbangan BWI sejumlah RM33,150,000 untuk Monsun Timur Laut (MTL) bagi tahun 2021 dan 2022.

“Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pejabat Pembangunan Negeri telah menyalurkan RM24,269,000 kepada Ketua Jajahan Pasir Mas untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa bencana banjir melibatkan 24,215 KIR bagi jajahan Pasir Mas. Dana itu merangkumi yang mangsa yang meninggal dunia, berpindah ke PPS dan yang tidak berpindah ke PPS. Manakala bagi sumbangan Bantuan Barangan Keperluan Asas (BBKA) pula, diperuntukkan RM2,500 bagi seisi rumah untuk mengganti peralatan dan perabot yang rosak termasuk kediaman yang ditenggelami air.
Peruntukan BBKA diurus selia oleh Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan, ICU JPM. Penerima BWI juga layak menerima sumbangan BBKA sekiranya rumah mereka ditenggelami air,” katanya ketika menjawab soalan ADUN Gual Periok, YB Dato’ Mohamd Awang dalam Sidang DUN pada 27 November lalu.